Country: Malaysia
Title: Kajian status pendidikan prasekolah.
Translated title: A status report of preschool education.
Project Leader(s): EPRD, Ministry of Education-UNESCO.
Institution: Education Planning and Research.
Address: Level 2,3&5,Block J, Damansara Town Centre.
Town/City: Kuala Lumpur.
State: Federal Territory. Country: Malaysia.
Telephone: 255-6900.
Objectives: Kajian ini dijalankan dengan harapan untuk
memberi gambaran yang jelas mengenai situasi
pendidikan prasekolah masakini. Di samping itu,
kajian ini juga akan melihat secara menyeluruh
keadaan pendidikan prasekolah dan agensi-agensi
yang terlibat di negara ini serta menyediakan
satu laporan lengkap mengenai perkara tersebut
untuk disampaikan kepada kerajaan untuk tindakan
selanjutnya. Secara terperinci kajian ini akan
melihat perkara-perkara seperti i) Bilangan
agensi dan bilangan kanak-kanak ii)
latarbelakang status sosio-ekonomi keluarga, iii)
kelayakan akademik dan orientasi guru iv)
struktur organisasai dan pentadbiran pusat
prasekolah.
Methodology: Untuk kajian ini beberapa prosedur dijalankan
iaitu pengumpulan maklumat, pemprosen
data/maklumat, saiz sampel, instrumen kajian
temubual berstruktur dan protokol pemerhatian.
Bagi saiz sampel ia didasarkan kepada data
taburan pusat tadika di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak bagi tahun 1981 dan mewakili
berbagai agensidan kedudukan lokasi di bandar dan
luar bandar. Bagi memenuhi kriteria pemilihan
kaedah 'stratified random' dan 'purposive
sampling' telah digunakan. Soalselidik telah
digunakan bagi instrumen kajian yang meliputi
pentadbir, guru dan ibubapa.
Background: Di Malaysia terdapat berbagai agensi seperti
kerajaan, separa kerajaan, sektor swasta dan
pertubuhan yang menggendalikan
institusi-institusi pendidikan prasekolah. Sejak
pendidikan prasekolah diperkenalkan ia merupakan
perkara yang ekslusif untuk kalangan kanak-kanak
dari golongan yang berada dan terpelajar sahaja.
Tetapi dewasa ini pendidikan prasekolah hampir
menjadi pendidikan biasa untuk kebanyakan rakyat
termasuk rakyat kebanyakan di negara ini.
Institusi-institusi prasekolah sejak beberapa
tahun kebelakangan ini dengan begitu pesat
sekali di setiap pelusuk negara. Dewasa ini
terdapat 5063 pusat pendidikan prasekolah yang
dikenalpasti dengan enrolmen murid seramai 259711
pada tahun 1983. Tanda-tanda yang jelas
menunjukkan enrolmen kanak-kanak dan bilangan
pusat pendidikan prasekolah akan meningkat dengan
lebih pesat lagi dalam tahun-tahun akan datang.
Expected Outcomes: Kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai
landasan kepada kerajaan untuk menentukan haluan
dasar terhadap pendidikan prasekolah di negara
ini.
Results to Date: Semua perkara mengenai perjalanan pendidikan pra
sekolah telah mengikuti buku panduan yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Citations: EPRD,'Laporan kajian status pendidikan
prasekolah,'145p.1984.
Commencement Date: 1982. Duration: 2years
Completion Date: 1984.
Descriptors: Preprimary education
|