Country: Malaysia
Title: Laporan mengenai kedudukan disiplin murid.
Translated title: A report on the status of discipline of students.
Project Leader(s): Schools Division, Ministry of Education.
Institution: Schools Division,Ministry of Education.
Address: Level 5,Block J South, Damansara Town Centre.
Town/City: Kuala Lumpur.
State: Federal Territory. Country: Malaysia.
Telephone: 2556900.
Objectives: Laporan ini disediakan dengan tujuan mencari
serta mengenalpasti masalah sebenar disiplin di
kalangan murid-murid di sekolah, serta membuat
satu kesimpulan mengenainya berdasarkan kepada
perekembangan dan perubahan semasa. Laporan ini
juga akan cuba mengutarakan pandangan, pendapat
dan saranan pelbagai pihak mengenai bentuk
disiplin yang diharapkan serta langkah-langkah
yang perlu diambil ke arah pencapaian hasrat
tersebut.
Methodology: Kajian ini diajalankan berdasarkan laporan berita
mengenai kemerosotan disiplin murid dalam
akbar-akbar tempatan yang telah di siarkan dalam
akbar sepanjang tahun 1986.Selain daripada itu
borang soalselidik telah dikirimkan kesemua
Jabatan Pendidikan Negeri serta di
sekolah-sekolah dalam negeri masaing-masing.
Semua Pengetua/guru besar sekolah melengkapkan
butir-butir yang perlu berasaskan kepada
maklumat-maklumat terkumpul yang terdapat dari
buku rekod murid-murid yang tidak berdisiplin.
Background: Disiplin adalah sesuatu yang bersifat kompleks
dan kerana itu penilaian sesuatu tingkahlaku
mungkin berbeza-beza mengikut tempat, masa dan
orang-orang yang menilainya. Sesuatu perbuatan
itu mungkin boleh diterima, atau ditolak, dan
ketidakseragaman penilaian sesuatu perbuatan itu
boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan
masyarakat untuk memahami dan menerima perbezaan
yang begitu halus dan sukar ditentukan.
Expected Outcomes: Kajian ini merupakan satu langkah bagi
mendapatkan maklumat yang tertentu secara
empirikal mengenai keadaan disiplin di sekolah
untuk digunakan sebagai bimbingan kepada tindakan
dan penggubalan dasar.
Results to Date: Beberap langkah untuk mengurangkan masalah
disiplin di kalangan murid telah dilaksanakan di
sekolah termasuk menyediakan guru bimbingan dan
kaunseling serta menyediakan beberapa rancangan
dalam pendidkan sebagai usaha mengembangkan
potensi kanak-kanak secara menyeluruh. Ini
membolehkan mereka menjadi insan yang seimbang
perkembangannya dari segi rohani dan jasmani.
Citations: Schools Division,'Laporan mengenai kedudukan
disiplin murid,' 75p.
Descriptors: Discipline
|