Country: Malaysia
Title: Laporan penilaian Bahagian Teknologi Pendidikan
1985.
Translated title: An evaluation report of Educational Technology
Division 1985.
Project Leader(s): Jabatab Pendidikan Negeri Sabah,Malaysia.
Institution: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Address: Kota Kinabalu , Sabah.
State: Sabah,Malaysia. Country: Malaysia.
Objectives: Tujuan penilaian ini ialah: i) untuk mengetahuai
sejauh manakah rancangan radio dan televisyen
pendidikan digunakan di sekolah rendah dan
menengah di Sabah, sepanjang tahun 1985. ii)
untuk menerima maklumat tindakbalas daripada
sekolah-sekolah rendah dan menengah mengenai
keadaan alat-alat radio, televisyen, antenna dan
janakuasa. iii) untuk mengetahui masalah-masalah
yang dihadapi oleh sekolah-sekolah mengenai
penggunaan televisyen dan radio pendidikan.
Methodology: Penilaian tahunan ini melibatkan gurubesar,
pengetua dan penolong kanan masing-masing dengan
kerjasama guru-guru yang menggunakan kedua-dua
alat tersebut. Semua sekolah manengah dan rendah
di negeri Sabah telah dilibatkan dalam penilaian
ini. Borang soalselididk telah dikirimkan ke
sekolah-sekolah yang berkenaan.
Background: Perkhidmatan Radio Pendidikan telah dilancarkan
pada tahun 1974 dan Televisyen Pendidikan pada
tahun 1976. Sejak pelancaran kedua-dua
Perkhidmatan Sibaran Pendidikan iaitu Radio
Pendidikan (1974) dan Televisyen Pendidikan
(1976) penilaian ke atas penggunaan dan
pencapaian matlamat utamanya telahpun dijalankan
pada setiap tahun. Matlamat utamanya ialah untuk
memperseimbangkan mutu pelajaran antara
sekolah-sekolah bandar dengan sekolah-sekolah
luar bandar, selain daripada menyamakan dengan
sukatan pelajaran.
Expected Outcomes: Daripada maklumat-maklumat ini pihak BTP, Sabah
dapat mengetahui masalah-masalah yang dihadapi
oleh setiap sekolah mengenai siaran
rancangan-rancangan radio dan televisyen
pendidikan serta kedudukan lain-lain alat seperti
janakuasa, booster dan antenna televisyen.
Maklumat-maklumat yang diperolehi telah
menjelaskan kedudukan rancangan-rancangan yang
diikuti dan diminati atau kurang diminati oleh
sekolah-sekolah.
Citations: JPN,Sabah,'Laporan penilaian Bahagian Teknologi
Pendidikan,1985,'70p, 1986.
Commencement Date: 1985.
Descriptors: Educational technology; Educational media
|